Jaga ibu uzur positif Covid-19, anak rela dijangkiti dari tak dapat jumpa selamanya

Jaga ibu uzur positif Covid-19, anak rela dijangkiti dari tak dapat jumpa selamanya

Kehilangan orang tersayang disebabkan pandemik Covid-19 sememangnya semakin sering berlaku. Ada saja coretan kisah sedih berkenaan ahli keluarga yang satu persatu tewas disebabkan pandemik yang berlaku.

Sanggup tanggung risiko

Namun, kerana kasih yang tidak terhingga kepada ibu, seorang anak sanggup mengambil risiko menjaga ibunya yang sudah uzur walaupun sedar akan dijangkiti virus berkenaan.

Sanggup tanggung risiko

Namun, kerana kasih yang tidak terhingga kepada ibu, seorang anak sanggup mengambil risiko menjaga ibunya yang sudah uzur walaupun sedar akan dijangkiti virus berkenaan.

 

8 ahli keluarga dijangkiti dari rakan anak buah

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sha.alshahab apabila menjaga ibunya yang sakit dan positif Covid-19 tanpa sebarang pelindungan.

Memulakan cerita, @sha.alshahab memaklumkan seramai 8 ahli keluarga dijangkiti wabak berkenaan selepas seorang rakan anak buahnya datang ke tempat kerja walaupun telah disahkan positif Covid-19.

 

 

Bapa meninggal dunia

Jadi, anak buahnya yang tidak tahu hal tersebut menjadi individu terawal dijangkiti sehingga ahli keluarga yang lain turut mendapat nasib sama.

Bapanya, Syed Abdullah yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan telah disahkan meninggal dunia disebabkan dijangkiti wabak berkenaan.

 

Nangis tengok video akak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak mendengar perkongsian wanita itu berkenaan ahli keluarganya.

Mereka juga memuji tindakan @sha.alshahab apabila tetap menjaga ibu tersayang yang positif Covid-19 dan bertawakal kepada Allah kerana sedar kita tidak tahu siapa diantara kita yang akan pergi dahulu.

Betul tindakan akak tu

Tengok video auto nangis

Semoga keluarga tabah

Memang tak sanggup tengok ibu uzur kena Covid-19

Sumber: TikTok @sha.alshahab