Jadi bahan lawak isu Russia & Ukraine, pelawak dikecam
Pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng yang menempa nama di United Kingdom (UK) menerima kecaman daripada seluruh dunia gara-gara ciapannya di laman Twitter disifatkan sebagai tidak sensitif.
Tak sensitif isu semasa
Ciapan berkenaan dimuat naik oleh Nigel atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger dengan menyatakan bahawa dia akan memasukkan negara Ukraine dalam senarai jelajah dunia HAIYAA World Tour serta menyelitkan emoji ketawa pada hujung ayatnya.
Ayatnya itu dianggap sebagai keterlaluan bahkan menunjukkan pelawak berkenaan seperti tidak peka dengan situasi semasa. Dalam pada itu, netizen berpendapat bahawa Nigel sepatutnya tidak menjadikan negara terbabit sebagai bahan lawak kerana Ukraine sedang terjebak dalam kancah peperangan dengan negara Russia.
Walau bagaimanapun, ketika isu terbabit hangat diperkatakan, Nigel seperti ‘menambah minyak lagi’ apabila dia memuat naik ciapan yang lain seolah-olah ingin mempertahankan tindakannya itu.
Oops, kadang-kadang kita rasa kelakar dalam fikiran kita tapi tak kelakar dalam kehidupan sebenar.
Enggan minta maaf
Keadaan menjadi semakin tegang apabila Nigel seakan tidak menunjukkan rasa bersalah dengan ciapannya itu meskipun sudah ramai yang menasihatinya agar membuat permohonan maaf.
Namun menerusi podcast Haiyaapod, anak jati Kuala Lumpur itu menyatakan bahawa dia enggan meminta maaf kerana dia berasa dirinya tidak bersalah dan membuat keputusan untuk memadam ciapan tersebut.
Peminat saya perlu tahu yang saya tidak akan meminta maaf walaupun ramai yang nak saya minta maaf. Bagi saya minta maaf kalau kita ada buat salah tapi jangan minta maaf kalau lawak itu tidak kelakar.
Saya tak akan minta maaf. Saya mengaku yang lawak itu teruk. Jadinya saya delete tweet tersebut dan saya tak nak minta maaf.
Susulan daripada itu, netizen terutamanya rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa serta malu untuk mengakui bahawa Nigel adalah rakyat Malaysia.
Penjelasan Uncle Roger