“Itu bahan lama..”, Shuk Sahar jawab video tersebar tidak berbaju

“Itu bahan lama..”, Shuk Sahar jawab video tersebar tidak berbaju

Sebentar tadi kami ada kongsikan pendedahan dari Farah yang menaikkan video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju. Kini, pelawak Shuk Sahar yang dikaitkan dengan Farah telah menafikan perkara itu kerana ia bukan video baharu seperti didakwa.

Shuk Sahar turut menyatakan dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana wanita itu sendiri telah menyebarkan aib. Shuk menganggap tindakan wanita itu telah memberi manfaat kepada dirinya sebagai satu promosi.

Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai polis lah cerita. Nak buat macam mana. Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib. – Kata Shuk menjawab persoalan isterinya dalam satu video.

Dalam pada itu, isteri Shuk yang dikenali sebagai Sera turut mempersoalkan duit yang didakwa dipinjam Shuk sehingga sanggup membuka aib sendiri.

Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar minyak ke? Bayar duit hotel kamu ke? Kata semalam terima kasih cinta untuk segalanya. – Kata Sera.

Nampaknya Shuk dan isteri tenang menjawab isu yang kembali panas. Farah bagaimanapun dilihat masih giat mendedahkan pelbagai bukti di Instagram miliknya. Apapun, jika benar Shuk ingin membuat laporan polis, lakukanlah segera agar kes ini dapat diselesaikan.

Kredit: Harian Metro