Isu tak tahan dicekik Fezrul Khan, Iqram Dinzly minta Reen Rahim duduk rumah belajar masak
Pelakon Iqram Dinzly menasihati Reen Rahim dalam nada sinis dengan meminta aktres jelita untuk duduk di rumah dan belajar memasak sahaja sekiranya dia tidak tahan melakonkan babak lasak.
Iqram berkata demikian setelah tular video babak cekik antara pelakon Fezrul Khan dan Reen Rahim yang dilakonkan dalam sebuah gua.
@fezrulkhan This is ending scene for batu syaitan. Korang tgk dan nilai kan. Kalo belaja jujitsu pon u guys tak le choke sebla tangan. Tanye la bf ko yg stunt man tu. director cut ko bole jerit ngan ako eh. Ako da lebih 20 tahun belakon ko? Ko buat cite ape eh? Awak da makan jom kite g makan. Ni horror faham ke idok? Ke ko saje nak tunjuk depan bf ko? Next time ako tak nak belakon ngan org mcm ni. Blakon utk glamour. Eh leonardo dicaprio tangan bleeding pon die tak de complain. Skrang ko tau tak level belakon ko tahap mane? Belakon kene jujur bukan utk glamour
Malah, dia juga menasihati agar Reen tidak membesarkan isu berkenaan, sebaliknya perlu kental dan bukannya bersikap manja.
“Bagi saya ia adalah mudah. Jika tak tahan lasak, nak bermanja duduk di rumah, belajar memasak.
“Dan, asyik nak berlakon sweet-sweet je, lepas itu claim bukan publisiti,”ujarnya menerusi hantaran di Insta Story.
Tegas Iqram, seseorang pelakon perlulah belajar untuk tabah dan redha selain meningkatkan prestasi sedia ada.
Pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yakin bahawa Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan watak berkenaan.
“Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok, dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.
“Masalahnya, orang disekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan itu tak betul,”katanya lagi.
Sementara itu, Reen Rahim Reen Rahim enggan lagi memperbesar-besarkan isu dicekik Fezrul Khan ketika menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Syaitan apabila sudah pun memaafkan pelakon lelaki itu.
Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, peristiwa yang berlaku itu sudah dianggap selesai walaupun mengakui sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap kejadian tersebut sebagai daripada proses penggambaran.
“Saya sangat profesional. Apa yang berlaku sebenarnya perkara kecil sahaja. Selepas habis sahaja insiden itu, tak sampai 10 minit saya kembali okey.
“Saya ada mesej dia secara peribadi dan tunjuk video sebagai bukti bahawa saya benar-benar sakit. Saya bukannya mahu bersikap kurang ajar. Namun dia tidak mengaku salah dan mengatakan bahawa perkara itu tidak benar-benar berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, dia turut mengakui salah sendiri apabila secara tidak sengaja telah meninggikan suaranya kepada Fezrul selepas selesai menjalani babak dicekik itu.