Isu ganggu rumah tangga, Puteri Sarah pertikai kenyataan Kazar?

Isu ganggu rumah tangga, Puteri Sarah pertikai kenyataan Kazar?

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Kazar membuka mulut mengenai isu anaknya dengan Puteri Sarah selepas sekian lama mendiamkan diri. Menurut Kazar, apa yang telah terjadi bukanlah perkara yang ‘besar’ dan dia berharap agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat berdamai.

Berikutan daripada itu, Puteri Sarah meminta netizen untuk membincangkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Kazar berhubung bukan masalah ‘besar’ itu.

 

Bincangkan

Di Instagram, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meminta netizen untuk membincangkan mengenai kenyataan ‘bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang’. Menjengah di ruangan komen, segelintir rakan artis dan netizen terhibur apabila ada pihak tidak faham mengenai perasaan seorang wanita. Menurut netizen, Kazar perlu menasihati anaknya terlebih dahulu dan tidak membawa keluar sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ramai pihak.

Sumber: Puteri Sarah