Isteri Shuk ke pejabat agama, netizen persoal siapa lelaki dalam kereta?

Isteri Shuk ke pejabat agama, netizen persoal siapa lelaki dalam kereta?

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra ada memuat naik video memaparkan dirinya keluar dari sebuah bangunan dipercayai pejabat agama.

Menerusi video itu, Serra mengenakan jubah serba hitam masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang fail.

 

@rossa.sera

🍂😊 #fyp #ytjtab

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah kelibat seorang lelaki yang berada di tempat pemandu sekaligus menimbulkan tanda tanya siapa gerangan individu berkenaan.

Diruangan komen, ada netizen mendakwa individu berkenaan kelihatan seperti Shuk Sahar namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.