Isteri PJJ didakwa curang, tinggal serumah dengan lelaki lain, suami berang nekad ‘robohkan’ rumah!

Isteri PJJ didakwa curang, tinggal serumah dengan lelaki lain, suami berang nekad ‘robohkan’ rumah!

Di Indonesia, seorang lelaki telah buat ‘kerja tak masuk akal’ apabila nekad bertindak mencabut semua kayu rumahnya yang dibina sejak tujuh tahun lalu. Menerusi laporan JTV Madium, individu yang dikenali sebagai Agus Purwanto menerima khabar yang kurang senang dari isterinya yang baru pulang dari Hong Kong selepas 10 tahun menjalani kehidupan PJJ (pasangan jarak jauh).

 

Nekad untuk berpisah

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai AT telah mengambil upah peguam untuk menuntut penceraian daripada Agus Purwanto secara tiba-tiba. Walhal, selama ini hubungan rumah tangga mereka tiada sebarang masalah.

Lebih mengecewakan apabila si suami mengetahui isterinya itu didakwa berselingkuh dibelakangnya selama ini. Sekembalinya ke Indonesia, AT tidak pulang ke rumah untuk bertemu dengan suami, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap bersama lelaki lain yang merupakan warga setempat di sana. AT juga didakwa mahu ‘dilepaskan’ sebagai isteri disebabkan telah menjalani kehidupan yang selesa dengan lelaki itu.

Cabut kepingan kayu pada bumbung

Berang dengan tindakan isterinya itu, Agus telah merobohkan rumah yang telah dibinanya bersama isteri tujuh tahun lalu sebagai persetujuan kedua-dua pihak. Setiap kepingan kayu yang terpasang di rumah tersebut dicabut Agus dan diambilnya dengan alasan milik keluarga pihak lelaki. Manakala, bangunan dan tapak rumah tersebut tetap menjadi milik AT.

Difahamkan, penduduk kampung di Desa Carangrejo, Jawa Timur itu turut membantu Agus mencabut kesemua kepingan kayu pada bahagian bumbung rumah kerana bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Sumber: JTV Madium