Isteri pernah digelar mandul, suami sebak Madammu disahkan hamil

Isteri pernah digelar mandul, suami sebak Madammu disahkan hamil

Pernah menunda rawatan kesuburan IVF gara-gara takut sebelum ini, perjalanan Madammu untuk mendapatkan anak bukan satu proses yang mudah. Sejak 7 tahun mendirikan rumah tangga, dia hidup bahagia menyayangi anak-anak tirinya persis zuriat kandung sendiri.

Hari ini kita akan dapat keputusan sama ada positif atau negatif

Mendepani dugaan dengan tenang, dahulu ada juga mulut-mulut jahat yang pernah menggelar usahawan ini sebagai mandul. Namun Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri langsung tidak melatah malahan sangat terbuka berkongsikan perjalanan IVF. Ini termasuklah pendedahan mengenai prosedur membuang tiub fallopian dipercayai gara-gara tersumbat. Sabar menanti dan tidak mengalah, nampaknya Allah mendengar doa dan nikmat yang sudah lama dinantikan suami isteri tersebut.

 

 

 

Selepas 7 tahun penantian, Alhamdulillah positif

Sebentar tadi, wanita berusia 32 tahun ini merasai detik paling bahagia kerana kini rahimnya sudah dihuni oleh seorang malaikat kecil. Berita gembira mengenai kehamilannya disambut dengan air mata sebak suami di sisi sambil membunyikan loceng di pusat rawatan berkenaan sebagai tanda kegembiraan.

 

@eriyca.baiduri

Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant

♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Alhamdulillah, tahniah Madammu…Jangan angkat berat-berat…Allah tiupkan malaikat kecil ke rahim

Menerusi ruangan komen, ribuan netizen tidak berhenti mengucapkan tahniah selain berharap semoga kandungan itu membesar dengan baik sehinggalah lahir nanti. Tidak ketinggalan, golongan TTC turut berdoa dengan harapan mereka boleh merasai detik bahagia sebegitu satu hari nanti.

Isteri Pernah Dihina Mandul, Suami Menangis Madammu Sah Hamil Lepas 7 Tahun

Isteri Pernah Dihina Mandul, Suami Menangis Madammu Sah Hamil Lepas 7 Tahun

 

Isteri Pernah Dihina Mandul, Suami Menangis Madammu Sah Hamil Lepas 7 Tahun

Kredit : IG Eriyca Baiduri & TikTok Eriyca Baiduri