Isteri penat kerja seharian, suami habiskan duit bagi ‘diamond’ dekat awek bigo
Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami tercinta lebih ‘melayan’ wanita lain berbanding dirinya. Begitulah kisah wanita ini yang menjumpai banyak transaksi pembayaran yang dilakukan oleh suaminya kepada gadis-gadis di aplikasi Bigo.
Dapat tahu suami transfer duit bagi dekat perempuan lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh Rqkyla di TikTok, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui perbuatan suaminya itu. Ujarnya, dia bekerja siang malam untuk membantu suaminya menyara keluarga namun tidak sangka ini yang balasan yang diterima.
Aku yang kerja dari pagi sampai pagi esoknya demi bantu suami untuk memenuhi keperluan keluarga.
Lebih mengejutkan lagi apabila suaminya banyak memberi diamond kepada gadis-gadis di aplikasi berkenaan. Diamond tersebut perlu dibeli terlebih dahulu sebelum boleh diberikan kepada mana-mana pengguna aplikasi tersebut yang sedang membuat live.
Tapi rupanya suami aku bagi hadiah dan transfer diamond dengan gadis-gadis Bigo.
Dalam pada itu, wanita berkenaan berterima kasih kepada yang menyokong serta memberi kata-kata semangat kepadanya dan dia turut mendoakan agar wanita di luar sana dijauhkan daripada mempunyai hubungan toksik sepertinya.
Video berdurasi 16 saat tu meraih lebih 687 ribu tontonan dan mendapat lebih 45 ribu tanda suka
‘Jangan jaga biawak hidup sis’
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berasa kesal dengan perbuatan suami wanita berkenaan. Malah ada di antara mereka yang memberi kata-kata semangat kepadanya supaya tetap kuat.
Sumber : rqkyla