Isteri meninggal sehari selepas pemergian suami, anak 2 tahun sekelip mata jadi yatim piatu

Isteri meninggal sehari selepas pemergian suami, anak 2 tahun sekelip mata jadi yatim piatu

Umum tahu, jumlah kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan mencecah 21 ribu kes. Peningkatan jumlah kes kematian juga turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia. Begitu juga kisah sepasang suami isteri yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Suami isteri ditidurkan pada hari yang sama

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shakinah Sf di Facebook, dia memberitahu bahawa kawannya, Rien Rieyana bersama suami telah ditidurkan pada tiga hari lepas. Lebih menyedihkan lagi apabila suami kepada kawannya itu dikhabarkan telah dijemput Ilahi.

Aku tanya dengan suami aku. Macam mana bila Rieen bangun nanti dan dapat berita tentang suami dia. Sedihnya.

Namun selang sehari selepas itu, Rien Rieyana pula telah menghembuskan nafas terakhirnya dan turut menyusul pemergian suaminya. Pemergian mereka telah meninggalkan anak tunggalnya yang berusia dua tahun sekaligus menjadi anak yatim dalam sekelip mata.

Masa dia tau dia mengandung dia gembira sangat sebab dah lama dia tunggu. Tapi hari ini dia tinggalkan Naura. Ya Allah, Kau jagalah puterinya semoga dia menjadi anak yang soleh yang membawa ibu bapanya ke SyurgaMu.

Terdahulu, Allahyarhamah sempat memuat naik video terakhirnya di TikTok memberitahu bahawa dirinya bakal dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta menghalalkan makan minumnya.

‘Doakan Rieen dan suami ya’

@rienrieyana

DOA KAN RIEEN DAN HUSBEND YE🤲 #covidfhighter #covid19 #fypシ #fyp #support #doa #keajaiban #semogaadakeajaiban #allahujisebaballahsayang

♬ Bila Tiba – UNGU

Sumber : Shakinah Sfrienrieyana