Isteri cemburu suami ditegur wanita lain, “Seminggu straight tu nak perli…”

Isteri cemburu suami ditegur wanita lain, “Seminggu straight tu nak perli…”

Sesetengah individu, terutamanya wanita memang sangat kuat cemburu apabila melihat pasangan mereka mesra dengan wanita lain. Malah ada juga jenis yang tidak suka perempuan lain memandang pasangan mereka ketika memesan makanan di restoran.

Walaupun untuk tujuan menunjukkan hormat atau beramah sesama jiran atau kawan sekerja, perkara itu tidak diterima ramai wanita.

Sebuah video TikTok yang turut dikongsikan di Twitter baru-baru ini tular apabila ia menggambarkan situasi apabila seseorang wanita yang kuat cemburu melihat pasangan mereka memandang wanita lain.

Dalam video yang dikongsikan oleh DeannaRasyid, 2 individu yang berlakon sebagai suami isteri dilihat sedang menunggu lif. Apabila lif terbuka, seorang wanita cantik keluar dan menegur serta memberikan senyuman kepada mereka berdua, dan si suami membalas ucapan wanita berkenaan.

Ketika pasangan berkenaan berada di dalam lif, isterinya tiba-tiba mengajuk kata-kata wanita tadi kerana sakit hati melihat suaminya melayan wanita tersebut.

Apa yang lebih melucukan si isteri terus menerus mengajuk wanita itu setiap kali ada kesempatan untuk memerli suaminya kerana tidak puas hati, membuat penonton geli hati dan ada juga yang dapat relate dengan reaksi wanita tersebut.

“Jenis tak boleh bawak bincang…”

“Kalau aku ungkit…”