Iqram Dinzly anggap kenyataan puak LGBT undang bala, label mereka ‘bebal’

Iqram Dinzly anggap kenyataan puak LGBT undang bala, label mereka ‘bebal’

Menerusi Instagram story miliknya, dia berkata, bukan niatnya untuk menghina tetapi kenyataan individu itu berlebihan yang menyalahkan Islam tidak bertamadun. Susulan itu, ia boleh mengundang bala di Malaysia.

Bagi Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, golongan tersebut patut pergi ke luar negara jika mahu kebebasan seperti LGBT di negara luar tanpa sebarang tentangan.

Malah, pelakon berusia 41 tahun itu juga memberi nasihat kepada ‘puak’ tersebut supaya kembali ke pangkal jalan dan ke jalan yang benar mengikut Al-Quran dan Sunah sebelum menyesal dikemudian hari.

Sementara itu, Iqram turut memuat naik foto memohon maaf kerana status sebelum ini tetapi berterima kasih kepada sumber kerana sudi kongsikan kenyataannya di media.

Bagaimanapun, sebelum ini penyanyi Naim Daniel juga pernah menyindir golongan LGBT dengan kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa setiap manusia di muka bumi ini diciptakan berpasangan antara lelaki dan wanita, iaitu Adam dan Hawa namun bukan sebaliknya seperti Adam dan Haikal.