Iqbal dedah DSV menolak untuk bergambar malam tadi, “saya datang tegur DSV setelah sekian lama tak bertegur”

Dalam pentas akhir ‘Big Stage 2022’ semalam, DSV membuat kemunculan mempersembahkan lagu ‘Ku Ikhlaskan’ secara miming dan berjaya menghiburkan ramai penonton. Selain itu, bekas teman lelakinya iaitu Iqbal Zulkefli juga sempat hadir dan detik pertemuan mereka telah dirakam oleh seorang individu sebelum ia tular di laman media sosial TikTok.
Sweet je tengok Iqbal dengan DSV, rupanya ada kisah di sebalik video
Dengan kapsyen romantis si empunya video, ramai menganggap Iqbal dan Dato’ Seri Vida sedang berborak mesra tak ubah seperti pasangan bercinta. Namun siapa menduga, rupanya ada kisah sedih lain di sebalik perjumpaan di meja juri
@dirafdias33 Sweet je iqbal ngan dsv #fyp #fypシ
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT
Sebenarnya saya datang tegur DSV setelah sekian lama tak bertegur
Walaupun sejak tahun lepas kontroversi mereka tidak habis-habis didengari umpama ‘berita berantai’, rupanya Iqbal dan DSV sudah lama tidak bertegur sapa. Malahan sejak usahawan lelaki tersebut dikhabarkan berhijrah ke Indonesia pada November lalu, kedua-duanya langsung tidak berhubung.
DSV taknak bergambar…Kalau bersembang okey je
Dengan sejarah perpisahan kerana perkahwinan tidak direstui Cik B serta pelbagai lagi isu lain, lelaki berusia 27 tahun ini akui interaksi mereka berdua tidak selesa seperti dulu. Selain itu, Iqbal sempat menunjukkan cincin pemberian DSV yang selama ini kerap diperkatakan.