Iqbal campak duit depan wartawan, bengang netizen tuduh gila harta
Usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan berhasrat untuk mengahwini bekas majikannya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida semata-mata kerana wang ringgit.
Iqbal turut memperincikan harga bagi setiap barangan termasuk dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.
Usahawan ini turut menunjukkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Paling mahal dia pernah membeli jam yang mencecah harga RM1 juta.
Untuk menghargai pengikut Instagram yang bertuah, Iqbal akan menyediakan barangan kemas sebagai giveaway.
Jelas Iqbal lagi, dia bukanlah seorang yang gemar menunjuk-nunjuk. Namun, dia terpaksa memberitahu umum untuk menangkis dakwaan liar mengenai dirinya.
Lebih mengejutkan apabila Iqbal bertindak menabur wang yang disimpan dalam sebuah beg.
Saya kena macam ini ke? Aku kaya aku tak nak duit orang. Macam itu?
Tindakan mencampak duit itu adalah reaksi marahnya kepada netizen yang telah memandang rendah kepadanya.
Baru beberapa jam dimuat naik, video telah meraih sehingga 800,000 tontonan dan 9,000 perkongsian.
Video TikTok
@mstarmalaysia Iqbal memang buktikan dia mempunyai kewangan sendiri dan tak mengharapkan sesiapa.#BeritaDiTiktok #fyp #mstar #mstarnews
Kredit: mStar Online