Ini sebab mengapa sukan skuasy tidak dipertandingkan dalam Olimpik

Ini sebab mengapa sukan skuasy tidak dipertandingkan dalam Olimpik

Kehangatan sukan antarabangsa kian memuncak. Sukan Olimpik merupakan salah satu kejohanan yang berprestij dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sukan Olimpik juga diadakan setiap empat tahun dan terbaru, Tokyo telah menjadi tuan rumah bagi melangsungkan kejohanan itu kepada semua atlet setiap negara.

Namun, setakat ini, Malaysia masih gagal untuk memungut pingat emas dalam kejohanan Olimpik dan banyak memperoleh pingat perak sejak tahun 1992.

Tidak boleh disangkal, Malaysia mempunyai banyak peluang untuk memenangi pingat termasuklah dalam acara sukan badminton, terjunan, berbasikal dan sebagainya.

Mengapa tiada sukan Skuasy dalam olimpik?

Gambar raket Skuasy

Tetapi apakah kita sedar mengapakah sukan Skuasy tidak dipertandingkan dalam sukan Olimpik? Sedangkan Malaysia mempunyai atlet berbakat dalam sukan itu.

Apabila berbicara tentang Skuasy, sudah semestinya kita memikirkan tentang Datuk Nicol Ann David yang merupakan ratu dalam sukan ini.

Beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan dan mengharumkan nama Malaysia serta mampu menjadi prospek emas negara jika dipertandingkan dalam sukan Olimpik.

Persoalannya, mengapa ia tidak dipertandingkan dalam kejohanan Olimpik, adakah sukan ini tidak cukup terkenal sehingga Skuasy tidak terpilih?

Pemilihan sukan di Olimpik

IOC

Semua sukan yang dipertandingan di Olimpik setiap empat tahun adalah tidak sama. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bertanggungjawab dalam menguruskan pemilihan.

Menurut Illuminasi, IOC akan melakukan tinjauan berkala mengenai sukan yang boleh dikeluarkan atau dimasukan dalam sukan Olimpik bagi edisi berikutnya.

Penyingkiran sesuatu sukan juga boleh terjadi bermula dari penyalahgunaan dadah sehinggalah kekurangan populariti bagi sesebuah sukan.

Jika sesuatu sukan hendak dipilih, ia perlulah dipertandingkan oleh lelaki sekurang-kurangnya dalam 75 buah negara dan di empat benua.

Manakala bagi perempuan, sukan itu perlu dipertandingan sekurang-kurangnya dalam 40 buah negara dan tiga benua.

Terdapat syarat pengecualian melibatkan sukan minda dan mekanikel menjadikan sukan catur dan lumba kereta tidak layak untuk dipertandingkan.

Sukan Skuasy pernah dibida dalam Olimpik Tokyo 2020

Kejohanan Skuasy

Bagi memastikan sukan Olimpik relevan di seluruh dunia, IOC telah melakukan penilaian bagi 26 sukan yang akan dipertandingan dalam Olimpik London pada Februari 2012.

Gusti telah dikeluarkan dari kejohanan Olimpik 2020 dan sukan Golf serta Ragbi 7 sebelah dimasukkan sebagai sukan baharu menjadikan keseluruhan sebanyak 27 acara.

Memandangkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 memperuntukkan sebanyak 28 sukan, maka terdapat satu lagi sukan yang boleh ditambah.

Dari lapan sukan yang dicalonkan termasuk Skuasy, akhirnya sukan gusti dimasukkan kembali oleh kerana menerima dua kali ganda undian berbanding bola keranjang, Softball dan Skuasy.

Kegagalan dua percubaan sebelum ini

Olimpik Rio 2016

Sebelum ini, sukan Skuasy pernah membina untuk kejohanan Olimpik London 2012, namun gagal kerana tidak memperoleh majoriti 2/3 yang diperlukan untuk memenuhi syarat.

Sejak sekian lama, World Squash Federation (WSF) telah melakukan pelbagai cara bagi meningkatkan populariti sukan ini di seluruh negara.

Mereka percaya bahawa sukan Skuasy mampu bertanding dalam sukan Olimpik bagi membolehkan pemain-pemain elit menyertai kejohanan ini.

Walaubagaimanapun, penganjuran yang terhad untuk sukan ini di Amerika Selatan menjadi salah satu sebab utama sukan ini tidak dipilih untuk Rio 2016.

Peluang untuk Olimpik Paris 2024?

Olimpik Paris 2024

Selepas Tokyo, edisi seterusnya berkemungkinan berlaku di Paris pada tahun 2024. Ia seakan-akan membuka peluang untuk Skuasy dipertandingkan.

Hal ini kerana Perancis mempunyai dua orang juara dunia dalam sukan tersebut dan kemungkinan mereka akan menggunakan pengaruh tersebut bagi membidanya.

Malangnya, perkara itu tidak akan berlaku kerana IOC menolak menyenaraikan sukan ini bagi edisi 2024.

Pihak jawatankuasa IOC menyatakan sukan Skuasy tidak memenuhi undang-undang untuk menjadikan sukan Olimpik ‘lebih kehadapan’.

Oleh itu, sukan Break Dance, sukan memanjat dan papan lunjur dipilih sebagai sukan tambahan dalam acara kejohanan berprestij itu.

Kenyataan itu jelas mengecewakan peminat-peminat sukan berkenaan sehingga lagenda seperti Nick Matthews menyarankan agar tindakan undang-undang diambil kepada IOC.

Walaupun kita tidak dapat melihat ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol beraksi dalam kejohanan Olimpik, namun kita perlu berbangga kerana dapat melahirkan atlet seperti beliau.

Mungkin masanya belum tiba untuk kita melihat sukan ini berada di Olimpik, kita harapkan suatu hari nanti pihak IOC mampu menimbangkan semula dan mempertandingkan sukan ini suatu hari nanti.

Kredit: The Sun I Illuminasi I BBC Sport