Ini punca Jepun larang pelajar perempuan gayakan rambut ‘ponytail’

Ini punca Jepun larang pelajar perempuan gayakan rambut ‘ponytail’

Bagi yang freehair, sudah semestinya korang akan cuba menggayakan pelbagai gaya rambut. Maklumlah, hairstyle yang cantik pun akan menambahkan lagi seri seseorang tu, betul tak?

Gaya rambut yang paling mudah dan kerap kita lihat kat mana-mana mesti gaya ikatan kuda ataupun lebih dikenali dengan ‘ponytail’. Sinonim juga untuk kaum wanita sebab senang dan kemas!

Pony 2

Sumber: Twitter

Pun begitu, ikatan gaya ini telah pun dilarang oleh kebanyakan institut pengajian di Jepun di kalangan pelajar perempuan kerana dikhuatiri pelajar lelaki akan teruja secara seksual apabila melihat belakang leher wanita. Perkara mengejutkan ini telah dikongsikan di Twitter.

Pony 1

Sumber: Gambar Hiasan

Menurut sumber, perkara itu disahkan oleh Motoki Sugiyama yang merupakan bekas guru sekolah menengah yang mengatakan penguatkuasaan larangan tersebut sama seperti pelaksanaan pemakaian seluar dalam putih sahaja di sekolah.

“Bagi pelaksanaan pemakaian seluar dalam putih adalah supaya tidak terlalu kelihatan melalui pemakaian sekolah” – Motoki Sugiyama

Ujarnya lagi, dia sering menyuarakan pendapatnya tentang larangan kepada ikatan rambut ‘ponytail’ ini namun tidak diendahkan dan bilangan yang menentang tidak ramai sehingga menyebabkan pelajar perempuan terpaksa akur dengan arahan itu.

Pony 3

Sumber: Gambar Hiasan

Difahamkan, sehingga hari ini masih tiada statistik di seluruh negara tentang berapa banyak sekolah yang masih mengenakan larangan tersebut, namun tinjauan pada 2020 mendapati satu dari 10 sekolah di wilayah selatan Fukuoka yang melarang ikatan rambut ‘ponytail’.

Uish… Nampaknya pelajar kat sana kena lah try gaya lain ehh… No worries, boleh tengok banyak tutorial. Hehehe…