“Ini last warning jangan sampai rumah ni kami hancurkan nanti! “, Dakwa diserang Ah Long
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abidi menerusi satu posting berkongsi beberapa keping foto rumah adiknya yang disimbah cat merah dipercayai angkara ah long.
Terima nota ugutan
Foto: Abidi
Menerusi perkongsian Sarikei Virals pemilik rumah yang menetap di Kampung Buntal, Kuching mendakwa menerima nota ugutan yang tertera namanya, nombor kad pengenalan dan alamat. Tidak berakhir di situ, individu berkenaan juga dipercayai sempat memberikan peringatan supaya pemilik rumah menjelaskan hutang dengan kadar segera sebelum tindakan susulan bakal diambil.
Pinjam wang bayar wang. Ini last warning jangan sampai rumah ini kami hancurkan nanti. Sila settle elok-elok. Diiikuti nombor hp yang mengirim nota tersebut dan dilekatkan di luar rumah pemilik.
Susulan kejadian itu, pemilik rumah bertindak menghubungi abangnya bagi memaklumkan tentang insiden yang menimpanya. Pada masa yang sama, laporan polis akan dibuat oleh pemilik rumah ini bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung kejadian ini.
Kejadian berlaku malam semalam apabila pemilik rumah mendapati dua buah kereta yang diparkir di halaman rumah.
Kawasan letak kereta dan dinding rumahnya telah disimbah oleh individu dengan menggunakan cat merah berkaitan dengan pinjaman wang.
Sumber: Abidi & Sarikei Virals