Ingkar SOP, Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000

Ingkar SOP, Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000

Selepas berminggu siasatan mengenai isu majlis pernikahan Neelofa dan Muhammad Haris yang dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan isu rentas negeri ke Langkawi, akhirnya keputusan akhir telah dikeluarkan.

Menurut laporan Astro Awani, pasangan pengantin dan juga ahli keluarga mereka tidak terlepas daripada dikenakan kompaun.

Neelofa perlu membayar sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan tersebut manakala PU Riz pula hanya sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika merentas negeri. Malah tiada diskaun yang akan diberikan kepada kedua mereka.
Bagi pihak keluarga selebriti itu pula, seramai 20 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah berlangsung.
Semoga jadi pengajaran buat semua.