Ingat misi di Running Man, Kwang Soo & Gary tular di TikTok

Ingat misi di Running Man, Kwang Soo & Gary tular di TikTok

Peminat setia rancangan Korea berjudul Running Man pasti cukup kenal dengan dua nama artis ini, Lee Kwang Soo dan Kang Gary dimana kedua-duanya cukup memainkan peranan besar.

Boleh dikatakan pengaruh Gary mahupun Lee Kwang Soo cukup memberikan kesan kepada peminat Running Man dan apabila keputusan mereka mengundurkan diri cukup mengejutkan ramai.

Apa tidaknya, setelah bertahun-tahun mengendalikan Running Man bersama beberapa ahli yang lain, tentu sahaja ramai akan merindukan telatah lucu kedua-duanya.

IMG_20210919_093108

Walau bagaimanapun, nama mereka nampaknya kembali menjadi bualan peminat selepas Lee Kwang Soo dalam satu rancangan dilihat tidak dapat menghilangkan perangainya untuk melakukan perkara seperti menyelesaikan misi dengan cepat.

Malah rakaman video temubual Kang Gary sebelum ini mengenai menyelesaikan misi dengan cepat turut tular dan hangat dibualkan peminat Running Man.

@gojesgajus

They leave running man but running man don’t leave them #leekwangsoo #gary #runningman #thereturnofsuperman #houseonwheels #fyp

♬ original sound – SamanthaFekete

Bagi rata-rata peminat menganggap bahawa selepas bertahun-tahun dalam rancangan Running Man, pasti perangai itu akan dibawa mereka dan akui ramai sangat rindu dengan mereka dan video itu turut menerima ribuan tanda suka di TikTok.

“Kau tak akan pernah dapat keluarkan Running Man dari diri Kwang Soo dan Gary”

Kwang SooKwang Soo

“Rindu mereka berdua”

IMG_20210919_093206

“That teneneng teneneng teneng neng neng, argh rindu nak dengar dalam Running Man”

IMG_20210919_093226IMG_20210919_093305