Ingat lagi iklan merdeka 15 tahu dulu, Ini wajah Ummi Khazriena yang terkini

Ingat lagi iklan merdeka 15 tahu dulu, Ini wajah Ummi Khazriena yang terkini

Masihkah anda ingat kepada murid sekolah rendah bernama Ummi Khazriena dan juga Tan Hong Ming? Pada tahun 2007 dahulu, mereka berdua pernah mencuri hati rakyat Malaysia melalui iklan comel di televisyen yang ditayangkan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50.

Dalam iklan Petronas berdurasi 1:32 itu, budak lelaki berkenaan terlihat malu-malu kucing kerana dalam diam menyimpan perasaan kepada rakan baiknya sendiri, Ummi. Akan tetapi, Tan Hong Ming enggan berterus-terang kerana malu akan ditertawakan ramai. Namun di akhirnya, rupanya mereka berdua ada hati sesama sendiri.

Sorry Tan Hong Ming…Saya sailang awek awak masa sekolah dulu

Meskipun sudah hampir 15 tahun, namun iklan yang sebenarnya menyimpan mesej tentang semangat perpaduan di Malaysia itu masih segar di kepala netizen. Baru-baru ini, rakaman seorang pemuda telah menjadi tular kerana berkongsikan sosok Ummi yang kini sudah besar dan menjadi gadis cantik. Dalam kapsyen yang ditulis, pemilik TikTok addindnial merupakan teman lelaki kepada pelakon iklan itu.

@addindnial

sorry tan hong meng saya sailang gf awak time sekolah dulu 🤣

♬ original sound – hector – hector

Diaorang dah besar maknanya saya dah tua la…Mana Tan Hong Ming, taknak stitch ke?

Melihat pendedahan itu, ramai netizen menjadi teruja kerana iklan yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak mereka diimbau kembali. Tidak ketinggalan, ada juga yang berharap Hong Ming akan muncul membalas video lucu di atas.

Pernah Muncul Di Iklan Merdeka 15 Tahun Lalu, Ini Rupa Ummi Khazriena Sekarang