Individu dakwa perkenalan penceramah bebas & remaja bermula di IG, lakukan hubungan seksual suka sama suka?
Platform media sosial rancak selepas keluar berita mengenai seorang penceramah bebas popular telah ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar
@omyqay
Dalam video yang berbeza, dia juga mendakwa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.
Namun, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.
Menyalahkan kedua-dua pihak, wanita terbabit menyerahkan siasatan kepada pihak yang berkuasa.
Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: TikTok @qayqay