Iman Troye ucap ‘Happy Birthday’ pada Naim Daniel, “Ada bau2 nasi minyak la gais”

Iman Troye ucap ‘Happy Birthday’ pada Naim Daniel, “Ada bau2 nasi minyak la gais”

Penyanyi muda yang popular dengan lagu berjudul Teman ini cukup dikenali ramai. Suara dan personalitinya juga cukup disenangi peminatnya. Iman Troye, satu figura yang mula diminati ramai anak muda hari ini.

Biarpun usianya masih muda, namun perkongsian satu foto bersama Naim Daniel dengan ucapan selamat hari lahir pada selebriti itu telah mencuri perhatian ramai. Umum sedia tahu Naim Daniel adalah seorang pelakon, penyanyi dan komposer.

Dalam perkongsian tersebut, di ruangan kapsyen Iman Troye menulis seperti berikut:

“Selamat hari tua abang sayang, adik wuv u!”

Muat naik dari Iman Troye ini telah membuatkan sesetengah peminat lelakinya mula ‘patah hati’ dan tidak kurang juga ada yang mendoakan mereka ke jinjang pelamin. Benar atau pun tidak mereka bercinta, hanya tuan badan sahaja yang tahu.

Berikut adalah perkongsian penuh Iman Troye ucap selamat hari lahir kepada Naim Daniel ini:

 

Comellah dua-dua selebriti ini! Perkongsian Iman Troye ucap selamat hari lahir kepada Naim Daniel menerusi Instagram penyanyi ini telah meraih lebih 200 ribu tanda suka. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Adik jangan macam2 eh. Abang kat sini pun jelez tau”

Iman troye dan naim daniel 4

“Ada bau bau nasi kicap ni”

Iman troye dan naim daniel 3

“Ada bau2 nasi minyak la gais”

Iman troye dan naim daniel 2

“Duk bau nasik minyak dah ni. Perasaan tak lama dah”

Iman troye dan naim daniel 1