Ikut trend menari ‘swipe’, Elyana dikecam netizen “teringat waktu dia sakit”

Ikut trend menari ‘swipe’, Elyana dikecam netizen “teringat waktu dia sakit”

Selebriti wanita, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai selepas mengambil keputusan untuk membuka tudung dan menjadi diri sendiri.

Perubahan tersebut membuatkan sesetengah peminatnya berasa sedikit kecewa walaupun akur bahawa keputusan tersebut sudah dibuat oleh penyanyi lagu Kalis Rindu itu.

Ikut trend lagu ‘Swipe’

Terbaru, video dia menari mengikut trend lagu terkini di aplikasi TikTok ‘Swipe’ telah menghadirkan kecaman daripada netizen yang mengaitkannya semula dengan imej bertudung sebelum ini serta penyakit kanser yang pernah dihidapinya.

 

 

Mungkin ada sebab dia buat macam tu

Menjengah ke ruangan Instagram penyanyi tersebut, ramai peminatnya meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh Elyana kerana melihat perubahan dalam diri selebriti kesayangan mereka.

Walaupun seakan kecewa, namun mereka bersangka baik mungkin tindakan tersebut dibuat untuk menggembirakan hatinya dan melupakan bahawa dia pernah berada dalam situasi genting menghidap kanser kira-kira 10 tahun.

komen netizen

Semoga diberi hidayah bertudung kembali

Mungkin tu cara dia nak happy kan diri

 

Untuk rekod, Elyana telah memutuskan membuka tudung kira-kira tiga bulan lalu selepas beberapa tahun berhijab.

Tindakannya telah mendapat kecaman ramai terutamanya para peminat kerana merasakan dia berpenampilan sebegitu hanya disebabkan sedang diuji dengan penyakit.

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon filem Dunia Baru The Movie ini baik dari kehidupan juga kesihatannya.

Sumber: Instagram elyanaofficial