Ikan tiba2 terkeluar bekas buat netizen terhibur, “Gangster takut mati hahaha”

Menggunakan aplikasi, TikTok sememangnya banyak tujuannya yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Ini kerana, ada yang berkongsikan pelbagai perkara yang boleh menambahkan ilmu mereka.
Tak kurang juga, gelagat lucu yang menceriakan hari-hari pengguna apabila video haiwan peliharaan antara yang berjaya dirakam lalu mengundang yang lain juga turut sama dapat terhibur.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi tersebut pula, terdapat satu kejadian lucu yang dalam pada masa yang sama menghiburkan netizen dengan gelagat seekor ikan.
Menerusi video yang dimuat naik, kedengaran suara seseorang yang turut gembira melihatkan makanan yang boleh diberikan kepada ikan peliharaannya yang dijumpai.
Namun begitu, apa yang membuatkan videonya berhasil menerima lebih 300,000 tanda suka daripada netizen, ikan terbabit yang terkeluar dari tempatnya tidak semena-mena pandai masuk semula.
https://vt.tiktok.com/ZSeG2wntR/
Menjengah ke komen-komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok menerusi perkongsian di video tersebut selain merasa hairan dengan kepandaian ikan itu, rata-rata warganet turut berseloroh diruangan komen dengan ‘ribuan’ respon ditinggalkan.
“Kalau tak reti masuk balik mampuh hahaha”
“Hahahaa aduh la comel perangai”
“Eh dia pandai balik sendiri eh”
“Pandai pulak dia berpusing masuk dalam air balik, haaa takut la tu”