Ika Nabella tegur netizen jangan ‘boday shaming’ Siti Bainun, tapi ramai yang kurang bersetuju

Ika Nabella tegur netizen jangan ‘boday shaming’ Siti Bainun, tapi ramai yang kurang bersetuju

 

Boleh dikatakan satu Malaysia kini sedang sibuk memperkatakan kes perbicaraan Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa dengan dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Jika ditinjau di ruangan komen media sosial, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Bella dan mengecam perbuatan Siti Bainun sehingga ada yang mengutuk fizikal pengasas Rumah Bonda berkenaan.

Ika 1 10 58 146342 1024X1024 1 E1650165461911

Isu ini mendapat perhatian pelakon Ika Nabella yang mengambil kesempatan menegur sikap sesetengah pengguna media sosial yang melakukan body shaming terhadap Siti Bainun.

Dalam satu posting menerusi laman Instagram rasmi miliknya yang kini sudah dipadam, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata fizikal seseorang itu tidak mempunyai kaitan dengan apa yang sudah dilakukannya.

Selain itu, Ika juga berkata komen membabitkan bentuk badan juga boleh membuatkan mereka yang bersaiz besar akan tersinggung membaca hinaan terbabit.

“Guys, bila korang terlalu marah dekat Bainun, tolong jangan point out penampilan dia… Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti anda. Jangan terasa tau, I tegur secara umum ni sebab yang jahat tu bukan saiz badan dia.

Imagina orang-orang lain bersaiz seperti Bainun baca apa mereka rasa? Couldn’t think of something nice kan? Diorang akan rasa teruk sebab bersaiz macam tu padahal tak mintak pun hidup bersaiz macam tu,” kata Ika.

Niat baik tapi salah timing?

Bagaimanapun, posting pelakon yang pernah membintangi drama Rindu Awak 200% itu telah dipadam susulan ramai pengguna media sosial yang seolah-olah tersilap tafsir apa yang dikatakan Ika. Satu posting baru pula telah dimuat naik pelakon terbabit yang menjelaskan tindakannya.

 

Jelas Ika, dia sama sekali tidak menyokong tindakan Siti Bainun malah, berkata dia sendiri terlalu marah sehingga kehilangan kata-kata sebaik isu berkenaan Bella dilaporkan kepada umum. Pun begitu, niatnya hanyalah supaya pengguna laman sosial lain berhati-hati dalam berkata-kata meskipun ketika beremosi supaya menghina kejadian Allah.

“Kita semua marah dan beremosi tentang ini (kes Bella) tapi boleh kan kalau kita semua menjaga tutur kata bukannya suruh pergi sokong Siti Bainun. Orang kejam je sokong perbuatan kejam. We all know that.

Daripada mencaci maki, lebih elok kita doakan nasib adik Bella terbela atau mungkin gunakan kuasa anda (secara moral) dan bantu Bella bukan dengan hanya menjadi keypad warrior,” tulisnya.

Ika Nabella 800X445 C E1650165537376

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menulis mereka faham dengan apa yang cuba disampaikan Ika. Pun begitu, walaupun bersetuju, ada yang berkata mungkin teguran Ika itu tidak kena pada masanya mengakibatkan ramai yang tersalah sangka sehingga mengecam pula tindakan selebriti itu.

“It’s okay Ika. You dah tegur selebihnya terpulang pada orang lain nak terima atau tidak,” komen netizen.

“Yes this is so true plus ni bulan Ramadan. Kita ada hak untuk marah tapi kes sedang berjalan dan kita pun masih tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Di bulan mulia ni patut kita sama-sama doakan supaya keadilan ditegakkan bukan caci maki semua keluar,” tulis pengguna lain pula.

“Totally agreed. Paham semua tengak marah. Tapi jangan hina orang pulak. That’s not right. Macam 2X5 pula kalau kutuk macam tu,” kata yang lain pula.

Apa-apa pun, min cuma harap kes ni cepat selesai dan keadilan dapat ditegakkan. Amin!