Ifa Raziah beri penjelasan kenapa mahu vaksin Pfizer
Baru-baru ini kecoh apabila seorang pelakon dan pengacara popular, Ifa Raziah dikecam warganet kerana memilih untuk disuntik vaksin jenama Pfizer sahaja.
Ifa dalam satu hantaran di laman media sosial Tiktoknya menjelaskan dia mahu vaksin Pfizer kerana mahu ke Singapura atas urusan perniagaan.
@ifa_raziah #vaksin #vaksincovid19 #missdiva #ifaraziah #fyp #foryoupage #tiktokviral #serifabeauty
Dalam video berkenaan Ifa berpendapat vaksin jenis Pfizer diyakini dan amat sesuai dengannya yang mempunyai masalah kesihatan.
Dah sampai PPV artis tu boleh tak nak cucuk sbb nak Pfizer je 🙄 sbb nal g oversea katanya 😤 harap ko punya next vaksin tahun depan baru ko tau
— LAWAN 🏴🏴🏴 (@Sharmsoul) July 11, 2021
Isu ini tular apabila seorang pengguna Twitter membuat hantaran tentang seorang selebriti yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetapi mahu vaksin jenis Pfizer kerana ingin ke luar negara.
Ifa dalam salah satu hantaran di laman sosial Instagramnya berkata, tak salah nak memilih vaksin yang terbaik untuk diri sendiri asalkan tidak menghasut orang lain tidak mengambil vaksin.
So I legit reply to Ifa Raziah’s story on condemn on her actions. You guys read it yourself. If you guys have any questions, can straight up DM her cause she will respond to real account only https://t.co/9mHFfc2Rp7 pic.twitter.com/4qGr9oc8qA
— Kamarul Sulaiman (@IsmanKamarul) July 12, 2021
Manakala, seorang pengguna di Twitter pula, IsmanKamarul berkongsi perbualannya dengan Ifa Raziah di ruangan mesej peribadi dan pelakon itu menjelaskan bahawa dia memilih vaksin Pfizer kerana masalah kesihatan dirinya.
Menurut Ifa, dia bertindak demikian bukan kerana mahu menunjuk diva ataupun mengada tetapi atas nasihat doktor yang merawatnya.
Kredit : Ifa Raziah I IsmanKamarul