Ifa Raziah bangga Ustazah Asma’ Harun datang minta maaf “Pendakwah sendiri datang jumpa aku”

Ifa Raziah bangga Ustazah Asma’ Harun datang minta maaf “Pendakwah sendiri datang jumpa aku”

Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial apabila penyanyi sensasi, Ifa Raziah meluahkan rasa sebak dan terharu apabila dia akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah menjadi bualan netizen.

Mana tidaknya, Ifa memaklumkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ tidak menyangka pihak Dexandra telah merancang untuk melakukan kejutan buat dirinya.

Pun begitu, berlainan pula isunya kali ini. Menerusi sebuah temu bual bersama Media Hiburan, dia memaklumkan berasa bangga apabila pendakwah bebas terkenal, ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpanya untuk meminta maaf yang pernah menegur Ifa mengenai hukum agama.

 

 

“Seorang pendakwah, ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial. Pendakwah tau yang datang minta maaf,” ujarnya.

Malah, difahamkan juga, pertemuan antara dia dan ustazah Asma’ Harun adalah sesuatu yang tidak dirancang memandangkan mereka berada di sebuah lokasi yang sama pada ketika itu.

Angkuh betul la dia ni!

Penjelasan yang diberikan oleh Ifa ini turut dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna @Miraqalesya@2606 yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang berusia 47 tahun itu.

 

@miraqalesya2606

Betul kena berusaha. Tapi berusaha lah dengan kata kata yang baik.#fyp #tiktok #fypage #trending #fypdongggggggg

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen seakan muak dengan sikap sombong yang ditunjukkan oleh Ifa yang sering menimbulkan drama terbaharu yang boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Ustazah minta maaf sebab beliau adalah orang yang beradab

Bahkan, majoriti netizen mengatakan niat asal ustazah Asma’ Harun meminta maaf adalah untuk menjernihkan kembali keadaan sebelum ini.

Sumber: Facebook @mediahiburan, TikTok @Miraqalesya@2606