Ibu tergamak ‘gantung’ anak di balkoni sebagai hukuman kerana menangis
Di Saratov, Russia, seorang wanita berdepan hukuman penjara sehingga 21 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kematian anak. Suspek yang dikenali sebagai Anna Ruzankina berusia 23 tahun didakwa ‘menggantung’ kanak-kanak 3 tahun tersebut di balkoni rumah sebagai hukuman kerana menangis.
Memetik laporan Mirror, mangsa terjatuh dari tingkat 6 rumah selepas baju yang dipegang suspek terkoyak. Melalui rakaman video yang tular, mangsa didengari menangis teresak-esak dan mengadu ketakutan namun tidak diendahkan.
Malah, kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kediaman tersebut turut merakam mangsa membawa mayat anak ke dalam rumah. Suspek dilihat menggoncang badan anak mencuba untuk menyelamatkannya.
Seorang pejalan kaki yang merupakan saksi kejadian memberitahu, dia mendengar suara kanak-kanak menjerit dengan kuat. Tidak lama kemudian, dia mendengar bunyi objek jatuh.
Bila saya pusing, saya lihat seorang kanak-kanak berlumuran darah. Saya segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, jiran memberitahu suspek mendakwa anak memanjat sendiri balkoni rumah. Suspek berkata dia ada memberi amaran bahawa anak akan terjatuh.
Kredit: Mirror