Ibu Tangmo mahu post mortem kedua dilakukan sebelum anak dikebumikan jumaat nanti

Ibu Tangmo mahu post mortem kedua dilakukan sebelum anak dikebumikan jumaat nanti

Bagaimana Tangmo tergelincir? Akhirnya persoalan terjawab selepas Robert membuat pengakuan bahawa semuanya berlaku atas kecuaian sendiri iaitu tidak tahu memandu bot laju tetapi cuba membawanya secara suka-suka. Namun hingga kini, pihak forensik masih belum dapat memastikan sama ada kesan kecederaan di kaki aktres terbabit berlaku sebelum ataupun selepas insiden tercampak.

Panida curiga dengan hasil post mortem pertama Tangmo

Terdahulu selepas jasad Mo selamat melalui proses post mortem, peguam yang mewakili Panida bagaimanapun memberitahu ada unsur-unsur mencurigakan. Ini membuatkan Panida Siriyudthayothin menuntut post mortem kali kedua tiba hari pengebumian pada  11 hingga 13 Mac selama 2 jam.

3 mahu jalani siasatan, 2 mengelak

Berkenaan dakwaan oleh seorang ‘insan misteri’ bahawa 1 daripada 5 suspek mempunyai tabiat memaksa gadis-gadis di pub mengambil barang terlarang sehingga khayal, polis bahagian narkotik akhirnya menjalankan pemeriksaan. Pun begitu hanya 3 orang daripada mereka sahaja yang mahu membuat ujian dan selebihnya cuba mengelak tanpa diketahui sebabnya.

Daripada 2 orang, 1 sudah mengakui ambil barang terlarang kerana tertekan

Masih belum didedahkan siapa, namun 3 yang menjalani ujian telah disahkan negatif. Salah seorang daripada 2 orang yang mengelak tadi pula siap-siap mengaku lebih awal ada mengambil bahan terlarang itu. Alasan yang diberikan individu terbabit adalah kerana terlalu stress fikirkan mengenai insiden Tangmo ini.

2 Cuba Mengelak Ujian Narkotik, Seorang Mengaku Ambil Barang Stres Fikir Tangmo 3