“Ibu tak kuat tengok Iman menangis.” Anak di pusat kuarantin, tiap kali call mengadu nak balik
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilanjutkan sehingga 28 Jun kerana jumlah jangkitan ke COVID-19 masih lagi berada di paras yang tinggi. Virus COVID-19 ini boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja dan tidak mengenal usia. Lebih membimbangkan lagi apabila virus berkenaan dijangkiti oleh warga emas dan juga kanak-kanak.
Sedih lihat suami dan anak naik ambulans pergi pusat kuarantin
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Yus Hadz di akaun TikTok, kelihatan dia terpaksa berjauhan dengan anak dan juga suaminya kerana kedua-duanya telah disahkan positif COVID-19. Sebagai seorang ibu, berat hatinya untuk melepaskan anak kecilnya itu pergi ke pusat kuarantin dengan menaiki ambulans bersama suaminya.
Semoga baik-baik je dekat Maeps, ibu tunggu kat rumah dengan adik.
Walau bagaimanapun, anaknya yang dikenali sebagai Iman kelihatan seronok bermain dengan permainan yang dibawanya dari rumah. Meskipun nampak ceria, suaminya memberitahu bahawa anaknya itu setiap kali selepas makan sering mengadu ingin pulang ke rumah.
Lebih menyedihkan lagi apabila setiap kali ibunya membuat panggilan video, anaknya akan menangis kerana merindui ibunya dan ingin ibunya itu berada disisinya. Malah adiknya juga turut menangis apabila melihat abangnya menangis.
Ibu tak kuat bila Iman menangis nak ibu. Adik pun menangis dengar abang menangis.
‘Siapa kata ibu tak sedih, ibu menangis teruk..’
@yushadz Sape kata ibu x sedih, ibu nangis teruk lepas korang pergi haha malu nanti jiran nampak. 😭😂
@yushadz Doa ibu selalu bersama iman dan ayah.. baik2 je ye di Maeps tu. 😚💕
@yushadz Vlogging iman’s day 3 at Maeps. 🙌🏻🦠 Alhamdulillah! ❤️