Ibu Syamsul sedih lihat menantu & cucu-cucu ditinggalkan “Hancurnya hati”

Ibu Syamsul sedih lihat menantu & cucu-cucu ditinggalkan “Hancurnya hati”

Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian netizen sejak kebelakangan ini.

Dakwa suami sudah menikah lagi

Ia dikuatkan lagi dengan khabar angin mengatakan Syamsul dan seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar sudah bernikah di Thailand yang dinyatakan sendiri oleh Puteri Sarah.

“Teganya hati manusia lihat keluarga ini ditinggalkan”

Ibu kepada Syamsul turut beberapa kali mengeluarkan kenyataan di Instagram dengan memberi bayangan memang ada masalah antara anaknya dan isteri.

Melalui posting terbaru Datin Patimah Ismail, dia seakan meluahkan rasa sedih melihat apa yang dilalui oleh Puteri Sarah dan berdoa semoga Allah  terus memberikan kebahagian kepada menantunya serta cucu-cucu tersayang.

Semoga Sarah temui kebahagian abadi

Dia juga berharap agar pelakon drama Suri Hati itu mendapat kebahagiaan  yang abadi dan berharap supaya Puteri Sarah terus kuat dalam menghadapi dugaan dalam rumah tangga yang sedang dihadapi olehnya.

Untuk rekod, Syamsul Yusof ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mendakwa memberikan maklumat tidak tepat kepada isteri dan keluarganya berhubung isu bernikah satu lagi.

Namun begitu, Puteri Sarah telah meminta agar pengarah terbabit berterus terang dan mengakui apa yang dilakukan terutamanya melibatkan isu bernikah lagi dengan seorang wanita lain.

Sumber: Instagram dpatimah012