Ibu sarat hamil kembar 3 selamat lahirkan 2 bayi perempuan & 1 bayi lelaki

Ibu sarat hamil kembar 3 selamat lahirkan 2 bayi perempuan & 1 bayi lelaki

Mengandung 1 anak pun cukup menguji kekuatan dan emosi seorang wanita, tapi bayangkan jika ada 3 janin di dalam kandungan? Pastinya sedikit letih membawa perut, namun begitulah rezeki terindah yang dirasai wanita bernama Puan Nur Habis Hairani ketika mengandungkan 3 bayi kembarnya.

Cucu Mama Abah 3 orang lelaki sebelum ni…Lama depa tunggu cucu perempuan

Terdahulu melalui laman sosial TikTok, dia pernah tular setelah bergurau tentang cara jalannya sama seperti penguin gara-gara membawa perut yang besar. Ketika membuat majlis gender reveal sekitar Julai lalu pula, ibu bapanya juga sangat teruja memandangkan keluarga mereka belum pernah mempunyai cucu perempuan.

 

 

Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 2

@tripletsmommymy

Suami prihatin 😞😂 #pregnant #triplets #fyp

♬ suara asli – Fajarr` – Tik Toker

 

@tripletsmommymy

Yang sakan sangat tu triplet boy, dia sorg duduk atas. Girls kat bawah 😄 #triplets #pregnant #baby #fyp

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun

 

@tripletsmommymy

Replying to @_mamamikhayla Triplets Gender reveal with fam ❤️ #triplets #pregnancy #genderreveal

♬ Happy Music – Mystix Instrumentals

Nervous tak tau nak habaq…Berbeza dengan bersalin anak-anak sebelum ni…Mai serah diri dengan gembiranya

2 hari lalu, gambar perut sarat Puan Hanis dalam menunggu tempoh masa bersalin cukup mengujakan ramai. Berbeza dengan pengalaman melahirkan 2 anak lelaki sebelum ini, dia akui sedikit gemuruh untuk mengeluarkan triplets yang dinanti-nantikan mereka sekeluarga.

Doktor on oxygen dulu sat untuk pantauan…Mommy tak dapat tengok depa lagi

Disambut oleh seorang petugas kesihatan bernama Dr Nazman, wanita anggun ini akhirnya selamat melahirkan 3 bayi kembar melalui kaedah czer. Jelasnya lagi, kembar pertama dan kedua adalah berjantina perempuan, manakala kembar ketiga adalah baby boy.

 

 

Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 3Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 4

Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 5Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 6

Wanita Sarat Hamil Kembar 3 Selamat Lahirkan 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu 7

 

 

Kredit : TikTok TripletsmommymyNur Hanis Hairani