Ibu sarat hamil kembar 3 selamat lahirkan 2 bayi perempuan & 1 bayi lelaki
Mengandung 1 anak pun cukup menguji kekuatan dan emosi seorang wanita, tapi bayangkan jika ada 3 janin di dalam kandungan? Pastinya sedikit letih membawa perut, namun begitulah rezeki terindah yang dirasai wanita bernama Puan Nur Habis Hairani ketika mengandungkan 3 bayi kembarnya.
Cucu Mama Abah 3 orang lelaki sebelum ni…Lama depa tunggu cucu perempuan
Terdahulu melalui laman sosial TikTok, dia pernah tular setelah bergurau tentang cara jalannya sama seperti penguin gara-gara membawa perut yang besar. Ketika membuat majlis gender reveal sekitar Julai lalu pula, ibu bapanya juga sangat teruja memandangkan keluarga mereka belum pernah mempunyai cucu perempuan.
@tripletsmommymy
@tripletsmommymy Yang sakan sangat tu triplet boy, dia sorg duduk atas. Girls kat bawah 😄 #triplets #pregnant #baby #fyp
@tripletsmommymy Replying to @_mamamikhayla Triplets Gender reveal with fam ❤️ #triplets #pregnancy #genderreveal
Nervous tak tau nak habaq…Berbeza dengan bersalin anak-anak sebelum ni…Mai serah diri dengan gembiranya
2 hari lalu, gambar perut sarat Puan Hanis dalam menunggu tempoh masa bersalin cukup mengujakan ramai. Berbeza dengan pengalaman melahirkan 2 anak lelaki sebelum ini, dia akui sedikit gemuruh untuk mengeluarkan triplets yang dinanti-nantikan mereka sekeluarga.
Doktor on oxygen dulu sat untuk pantauan…Mommy tak dapat tengok depa lagi
Disambut oleh seorang petugas kesihatan bernama Dr Nazman, wanita anggun ini akhirnya selamat melahirkan 3 bayi kembar melalui kaedah czer. Jelasnya lagi, kembar pertama dan kedua adalah berjantina perempuan, manakala kembar ketiga adalah baby boy.
Kredit : TikTok Tripletsmommymy, Nur Hanis Hairani