Ibu puas hati dengan hasil kreatif anaknya,sangat cantik gaes

Apabila mendandan rambut di salon, kita biasanya mempunyai potongan, gaya dan warna yang khusus di dalam fikiran yang akan diberitahu kepada pendandan rambut.

Seterusnya kita akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kemahiran mereka untuk menggayakan rambut kita seperti mana yang kita inginkan.

Tiada siapa yang ingin rambut mereka disentuh apatah lagi digayakan oleh pekerja yang tidak profesional. Namun seorang ibu baru-baru ini memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sangat berani.

Wanita yang dikenali sebagai Amy di TikTok, telah membiarkan anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Gracie, untuk warnakan rambutnya, dan mengubah rupanya dari berambut perang kepada ungu.

Amy merakamkan keseluruhan proses itu, menunjukkan bagaimana anak perempuannya dengan lembut meletakkan pewarna pada rambutnya sambil memberi komen-komen yang membuat dia tidak sedap hati untuk mendengar.

Antaranya Gracie memberitahu ibunya bahawa dia tidak memerlukan pertolongan dan dia akan mewarnakan rambut ibunya di bahagian depan sahaja dahulu dan menyiapkan selebihnya esok.

@aymieandgracie

My 3 year old has become my new stylist. I don’t think she will let me do my own hair ever again. #mommydaughter

♬ original sound – Amy

Dalam video berkenaan Amy duduk di kerusi sambil menyarung jubah plastik untuk melindungi pakaiannya.

Si cilik itu pula dilihat memakai sarung tangan plastik ketika dia mengambil berus dan mencelupkannya ke dalam mangkuk pewarna rambut.

Dia kemudian meletakkan pewarna ke rambut ibunya menggunakan pelbagai teknik tersendiri sebelum berkata bahawa hasilnya sudah cukup bagus.

Kanak-kanak itu tidak salah kerana apabila Amy menunjukkan rambutnya selepas diwarna, hasilnya memang boleh tahan walaupun terdapat bahagian yang tidak rata.

Gelagat kanak-kanak itu warnakan rambut ibunya tular dengan lebih 13 juta tontonan dan ramai yang kagum dengan kebolehannya itu. -HCL

@aymieandgracie

I am so awkward but I want you to all know that we appreciate you so much!

♬ original sound – Amy