Ibu pening, anak baru 2 bulan tak muat sarung baju bayi

Ibu pening, anak baru 2 bulan tak muat sarung baju bayi

Ibu bapa selalunya mesti teruja menyambut kelahiran anak mereka. Jadi pastilah ramai yang akan membeli macam-macam keperluan bayi sebelum isteri melahirkan anak. Tetapi situasi yang dialami wanita ini menghiburkan ramai apabila baju-baju bayi yang dibelinya langsung tidak dapat dipakai oleh anaknya.

Situasi melucukan yang dikongsikan wanita ini viral di Tik Tok apabila video tersebut menerima lebih sembilan juta tontonan dalam masa sehari dikongsikan. Rata-rata netizen turut memahami situasi yang dialami wanita ini yang menyesal menghabiskan duit yang banyak dalam membeli baju bayi.

@theneeleyfam

Joke was on me I guess 🤦🏼‍♀️😂 #babytiktok #newborn #chonky

♬ Bongo cha-cha-cha – Remastered – Caterina Valente

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita ini memberitahu dia telah menghabiskan duit membeli baju-baju bayi dalam menyambut kedatangan anaknya itu. Namun, bayi yang baru berusia dua bulan itu hanya mampu menyarung baju bayi berusia 3-6 bulan sahaja. Jadinya, baju-baju yang dibelinya kebanyakannya tidak dapat dipakai.

Di akhir video, wanita itu turut berkongsikan wajah terkini anaknya yang sangat comel dan montel itu walaupun baru berusia dua bulan. Melihat di ruangan komen, netizen turut terpesona melihat kecomelan anaknya yang mengalahkan bayi berusia 6 bulan. Netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama di mana bayi memang membesar dengan cepat dan tidak perlu untuk membeli baju yang banyak.

Di ruangan komen itu juga, netizen mencadangkan kepada para ibu bapa untuk tidak membeli baju bayi baru lahir dengan banyak. Bukan saja menelan belanja yang besar tetapi bayi juga akan membesar dengan cepat dan perlu memakai saiz yang lebih besar.