Ibu melayan karenah anak, minta potong rambut ala korea, “Sweetnya mak”
Di musim pandemik hari ini, jika yang berjauhan dengan keluarga dan ibu bapa pasti terdetik rasa rindu. Manakan tidak sudah agak lama larangan rentas negeri dikuatkuasakan membuatkan ramai yang mencari rezeki di kota tidak dapat pulang ke desa.
Namun jika mereka yang dapat berada di samping ibu dan bapa di kampung bersyukurlah. Sama seperti seorang lelaki yang sering berkongsikan video Tiktok bersama ibunya. Dalam salah satu perkongsian terbaru pemilik akaun Tiktok dengan nama marbitter ini telah meraih perhatian ramai.
Berikut salah satu rakaman yang diambil dari akaun Tiktok lelaki ini:
@marbitter Bila tiba musim gajus di kampung, kamilah orang yang paling gembira #shortvlog #youtuber #Marbitter #fyp #terengganu
Video tersebut memaparkan ibu melayan anak minta potong rambut ala Korea. Apa yang menarik perhatian ramai adalah rakaman dengan latar belakang yang cukup menarik. Malah telatah ibu melayan anak ini juga membuatkan warganet rindu akan orang tua mereka di kampung halaman.
Berikut adalah rakaman tersebut yang telah dimuat naik menerusi akaun Tiktok berkenaan:
@marbitter Tukang Gunting Umur 75 Tahun #youtuber #Marbitter #fyp
Wow, pandai ibu dia potong rambut! Hasilnya kemas dan menarik! Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan 175 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah dua beranak ini di ruangan komen seperti berikut:
“Power bhai dia gunting sumpah lawa”
“Bestnya rumah awak fefelling doh baring2 sambil dengar kicau burung”
“Pandai potong sendiri”