Ibu kesal anak cacat seumur hidup, pengasuh hempas bayi hanya kena denda

Ibu kesal anak cacat seumur hidup, pengasuh hempas bayi hanya kena denda

Sebelum ini, seorang pengasuh disyaki menghempas bayi lelaki berusia tujuh bulan pada September 2021. Namun begitu, suspek mengaku tidak bersalah ketika peringkat awal perbicaraan dan mendakwa kanak-kanak terbabit sebenarnya tersungkur daripada ‘baby walker’.

Tertuduh hanya bayar denda

Setelah setahun tiga bulan insiden berkenaan berlaku, pengasuh berusia 23 tahun itu akhirnya mengaku bersalah.

Menerusi hantaran di Facebook, ibu mangsa memaklumkan tertuduh diberi pilihan sama ada ingin membayar denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama enam bulan. Oleh itu, pengasuh terbabit memilih untuk membayar denda dan kini sudah dibebaskan.

Hanya setahun kes ini settle. Nilainya hanya RM10,000 untuk kesalahan yang sampai mati tidak boleh dilupakan. Murah sangat harganya. Berbaloikah harga sebuah penderitaan yang terpaksa ditanggung selamanya.

Kes Raid sudah selesai dibicarakan awal bulan 12. Perempuan tu mengaku bersalah dan Hakim menjatuhkan hukuman denda RM10,000 sahaja atau denda  6 bulan penjara. Tapi perempuan itu sudah bayar RM10,000 dan bebas.

Walau bagaimanapun, si ibu tetap akur dengan keputusan mahkamah, namun mengakui ralat kerana merasakan ia tidak setimpal dengan kecacatan mata seumur hidup yang ditanggung olehnya anaknya, Raid Hazim.

Tunggu hukuman akhirat

Tegasnya, dia tidak akan memaafkan pengasuh tersebut dan mengingatkan bahawa pengadilan di akhirat adalah lebih tepat.

Hukuman tidak setimpal dengan perbuatan yang menyebabkan kecacatan seumur hidup hanya bernilai RM10,000. Tunggulah hukuman di akhirat pula ye. Mungkin Allah ringankan dekat dunia tapi di akhirat yang pasti.

Tak kena diri sendiri kena dekat keturunan awak. Sakit ni belum habis lagi. Air mata masih belum kering. Biar Allah yang balas segala perbuatan awak. Selagi bernafas selagi itu tidak putus berdoa. Manusia tidak akan pernah puas.

Difahamkan, mata anaknya masih nampak, namun tidak tahu berapa peratus penglihatannya malah mata kanak-kanak itu dikatakan sering ‘lari’. Lebih pilu, doktor memberitahu bahawa Raid akan trauma dengan semua objek selepas menjalani pembedahan.

22 September 2021 dalam ingatan

@eyiena8

22.9.21 rabu in memory…

♬ original sound – DiaryNiki – DiaryNiki

 

@eyiena8

doctor ada bgtau raid akn truma sbab operate kepla…

♬ original sound – eyiena8 – eyiena8

Sumber : Harian MetroEyna MyieNa