Ibu hamil mengidam nasi goreng daging harimau, mama Neelofa tunai permintaan siap hantar depan rumah

Ibu hamil mengidam nasi goreng daging harimau, mama Neelofa tunai permintaan siap hantar depan rumah

Siapa yang mengikuti akaun media sosial Datin Noor Kartini Noor Mohamed semestinya perasan dengan perkongsian video masakan yang disediakan oleh beliau setiap hari.

 

Peminat mengidam nasi goreng daging harimau menangis

Baru-baru ini, ibu selebriti popular, Neelofa mendedahkan menerima satu kiriman email daripada salah seorang pengikutnya yang mengidam ingin merasa nasi goreng daging harimau air tangannya.

Menerusi perkongsian video yang dikongsi di Instagram (IG), Noor Kartini menelefon wanita itu lantas memberitahu dia akan memasak bagi melunaskan permintaan ibu yang sedang hamil tiga bulan.

Kiriman istimewa untuk Aina. Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty. Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung.

Sendiri hantar ke rumah Aina

 

Selepas selesai memasak, Noor Kartini memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan tetapi dia sendiri turun padang pergi ke rumah Aina.

Apabila sampai, kelihatan terpancar kegembiraan di wajah Aina apabila dapat merasa masakan Noor Kartini dan bertemu secara empat mata.

Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina. Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina. Syukur alhamdulillah.

 

Sumber: Instagram @noorkartini