Ibu Datuk Siti Nurhaliza positif Covid-19, “doakan Mak Salmah segera sembuh”

Ibu Datuk Siti Nurhaliza positif Covid-19, “doakan Mak Salmah segera sembuh”

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita sedih memaklumkan ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, disahkan positif Covid-19.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkata dia menerima perkhabaran itu sebaik selesai mengadakan persembahan di Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza x Dato’ Awie pada malam Sabtu.

“Balik tengok handphone, dapat berita mak kena Covid. Dapat cakap dengan mak baru lega,” tulisnya di Instastory.

Menurut penyanyi ini, ibunya tidak mengalami simptom teruk kecuali sakit badan dan batuk.

ct2 - 1

Siti mohon peminat mendoakan kesembuhan buat ibu tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak pernah cakap gembira Aafiyah jadi ahli politik, ada rakaman video sebagai bukti

ARTIKEL BERKAITAN: “Berlemak suara, siap ada lenggok”… Aafiyah dapat pujian nyanyi lagu ‘Burung Kakak Tua’, dijangka penyambung legasi Siti Nurhaliza

ct1 - 1

Siti baharu sahaja menjayakan persembahan amal malam tadi.

Dalam pada itu, Siti turut memohon peminat untuk mendoakan kesembuhan ibu tercintanya itu.

“Mak cuma sakit badan sikit dan batuk tak teruk. Alhamdulillah.

“Ya Allah, jagakan Wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh, mak kuat,” katanya.

Pada malam Sabtu, Siti menjayakan persembahan amal khas yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa di Plenary Hall, KLCC.

Siti menyampaikan 17 buah lagu menerusi empat segmen termasuk lagu duet Baldu Biru dan Pantun Budi bersama penyanyi terkenal, Awie.