Hubungan 7 tahun berakhir, bila tanya duit simpanan kahwin tak ada langsung, tahu-tahu tunang dengan…

Hubungan 7 tahun berakhir, bila tanya duit simpanan kahwin tak ada langsung, tahu-tahu tunang dengan…

Memang tidak dinafikan, dugaan selepas bertunang lebih besar dan pelbagai rintangan perlu dilalui oleh setiap pasangan. Malah, ada yang sampai berubah hati kerana terlalu mengejar pasangan yang lebih sempurna.

Bertunang selepas 7 tahun mengenali hati budi

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Iamwauqaf di akaun TikTok, berkongsi kisah sedih apabila pasangannya dipercayai membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan setelah tujuh tahun mengenali antara satu sama lain.

Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan pada bulan April lalu. Lelaki berkenaan sanggup bergerak dari Melaka ke Pulau Pinang demi menghadiri majlis pertunangannya dan sanggup meninggalkan perniagaannya pada ketika itu.

Hantaran ni saya yang buat sendiri untuk awak. Tak pandai sangat tapi saya banyak tengok google. Hasil tangan saya sendiri.

Tidak berakhir di situ, pemuda itu juga bersungguh-sungguh membuat persiapan merangkumi memasang pelamin sendiri bersempena majlis pertunangnya. Selepas segala urusan yang perlu diselesaikan berkaitan hal pernikahan, pemuda ‘cekal’ ini mengajak tunangnya itu untuk membeli cincin dan baju nikah mereka.

Lepas dan bertunang. Terus tetapkan tarikh nikah. Raya ketiga sepatutnya tapi sebab dokumen tak siap kita anjak ke bulan 6 12/6/2021.

‘Rupanya awak dah ada orang lain’

Apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan ini dipercayai bergaduh sebelum memutuskan tali pertunangan gara-gara si lelaki bertanyakan akan duit simpanan pasangannya itu. Susulan mendengar respon daripada tunangnya, lelaki ini terus pulang dan mencari duit tambahan bagi menampung segala perbelanjaan perkahwinan mereka.

Kita gaduh dan putus sebab saya tanya awak simpanan kahwin. Awak cakap tak simpan langsung. Mana semua duit awak? Saya cuma suruh top up sikit sebab saya terkurang duit. Perniagaan saya drop sejak COVID-19 ni.

Setelah sebulan putus tunang, lelaki ini akhirnya mengetahui bahawa bekas tunangnya itu sudah bertunang dengan lelaki lain. Apa yang lebih mengejutkan lagi, apabila lelaki (pasangan baharu bekas tunangnya) berkenaan merupakan abang kepada kawan baik bekas tunangnya itu.

Patut selama kita long distance relationship (LDR), awak selalu sangat pergi rumah kawan awak. Rupanya awak lagi penting kawan dari saya sampai kita gaduh pasal benda kecil. Saya punya usaha siapkan persiapan nikah kita.

3/7/2021 awak bertunang dengan orang lain. Patut family saya call awak tak angkat. Mak saya punya nak tanya pasal kita putus tapi awak diamkan diri. Rupanya awak dah ada orang lain.

Sumber : lukkk