Hidup serba kekurangan, tak pernah rasa bahagia, ibu tikam 3 orang anak

Hidup serba kekurangan, tak pernah rasa bahagia, ibu tikam 3 orang anak

Di Turki, seorang ibu bertindak di luar kawalan apabila dia tergamak menikam ketiga-tiga anaknya dipercayai merasakan dirinya tidak pernah menjalani kehidupan yang bahagia. Memetik laporan The Sun, suspek yang dikenali sebagai Selma Cice berusia 27 tahun itu telah menikam anaknya dengan menggunakan sebilah pisau ketika di rumah mereka.

Tiga anak ditikam ibu

Sumber foto: The Sun

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Mehmet Emin berusia 10, anak kedua adalah Semanur yang berusia 8 tahun dan anak bongsu iaitu Mahmut baru sahaja berusia 4 tahun. Menurut laporan, suspek bertindak demikian adalah dipercayai untuk menyelamatkan anak-anaknya dari terjerumus ke dalam penderitaan yang sedang dialami mereka.

Sementara itu, menurut laporan jiran turut terdengar suara jeritan mangsa tetapi apabila bergegas ke lokasi kejadian didapati rumah tersebut berkunci. Lalu, jiran tersebut segera menghubungi suami Selma iaitu Cabbar.

Sejurus pintu dibuka, Cabbar mendapati ketiga-tiga anaknya sudah maut dibunuh manakala isterinya hanya mengalami kecederaan.

Saya adalah mangsa

Mangsa turut mengakui dia tidak pernah merasai kebahagiaan sebaliknya terpaksa menempuh penderitaan dalam kehidupannya. Malah, dia sudah lama berniat untuk membunuh diri.

Saya tidak pernah mengalami hari bahagia dalam hidup saya. Seluruh hidup saya berada dalam keadaan menderita. Dah lama saya terfikir untuk bunuh diri.

Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan. Tak normal bagi saya untuk membunuh anak-anak sendiri secara tiba-tiba. Saya adalah mangsa, saya mengalami kerosakan secara psikologi.

Tidak berakhir di situ, ketika perbicaraan di mahkamah, pendakwa raya telah meneliti semua bukti terhadap kes ini dan meminta Selma dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh dengan niat.

Tetapi Selma turut mendakwa suami dan keluarganya pernah menggunakan kekerasan terhadapnya menjadi punca dia berkelakuan seperti demikian.

Sumber: The Sun