Heliza Helmi lantang bersuara isu P4le5t1n, Instagram beri amaran mahu padam akaun

Heliza Helmi lantang bersuara isu P4le5t1n, Instagram beri amaran mahu padam akaun

Penyanyi dan juga aktivis terkenal, Heliza Helmi sememangnya diketahui sangat lantang bersuara mengenai isu yang. berlaku di wilayah bergolak Palestin, malah sentiasa konsisten memuat naik hantaran mengenai isu tersebut di media sosial.

Susulan daripada krisis yang hebat berlaku antara Palestin dan Israel pada ketika ini, Heliza memaklumkan bahawa dia telah diberi amaran oleh pihak Instagram untuk memadam akaun media sosialnya itu kerana sering memuat naik info berkenaan apa yang terjadi di negara itu kini.

 

 

Dilabel sebagai hantaran keganasan dan berbahaya oleh Instagram, Heliza walau bagaimanapun tetap terus bertekad untuk membuat entri-entri berkenaan pergolakan timur tengah atas dasar berjihad dengan cara yang tersendiri.

Malah, selain Heliza, pelakon Sweet Qismina turut mengalami perkara yang sama di mana pengikut di Instagramnya didakwa semakin berkurang selepas berkongsikan mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin dan kekejaman Zionis.

Instagram Sweet QisminaSumber : Instagram Sweet Qismina  

Namun, ianya tidak mematahkan semangat selebriti-selebriti ini untuk terus berkongsi mengenai keadaan dan situasi yang berlaku di sana.