Heboh hilangkan diri & buat live talakkan isteri, DJ Wong dah berbaik semula?

Heboh hilangkan diri & buat live talakkan isteri, DJ Wong dah berbaik semula?

 

 

 

 

Kalau masih ingat, kira-kira dua bulan lalu sempat kecoh di serata media sosial tentang kisah kehilangan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai DJ Wong. Laporan mengenainya itu telah dibuat oleh si isteri, DJ Sal yang mendakwa lelaki tersebut keluar sehelai sepinggang secara tiba-tiba tanpa mengetahui arah tuju.

Maafkan saya Sal, aku tinggalkan keluarga demi Sal…Saya perlu bebas dan nak hidup

Walau bagaimanapun, setelah hampir seminggu pencarian dilakukan pelbagai agensi kerajaan akhirnya DJ Wong tampil melakukan satu live di ruangan Facebook. Lelaki tersebut menafikan dakwaan jika ada unsur jenayah namun sebenarnya melarikan diri atas kehendak sendiri. Malah lebih mengejutkan lagi apabila, individu tersebut turut melafazkan talak 3 ke atas isterinya setelah dakwa tidak tahan lagi tinggal bersama.

Inilah suprise malam ni, siapa yang merindui beliau?

Namun semalam, satu siaran live yang dibuat DJ Sal kembali memberi kejutan baru apabila turut menampilkan kedatangan daripada DJ Wong. Lebih menghairankan lagi adalah apabila kedua-dua mereka seperti sudah berbaik dan sempat dilihat bersalaman seperti biasa.

 

Kecoh Lesap Dari Rumah & Siap Live Talakkan Isteri, DJ Wong Dah Berbaik Semula? 2

 

Tolong bagi pencerahan tentang isu video lafaz talak 3 tu dulu…Duit dua ringgit, tujuh kupang ada lagi ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terperanjat selain confuse dengan apa sebenarnya yang berlaku. Dalam pada itu, mereka juga merasa pelik dan tertanya-tanya apakah status talak yang pernah dibuat oleh DJ Wong tempoh hari.

Kecoh Lesap Dari Rumah & Siap Live Talakkan Isteri, DJ Wong Dah Berbaik Semula? 3Kecoh Lesap Dari Rumah & Siap Live Talakkan Isteri, DJ Wong Dah Berbaik Semula? 4Kecoh Lesap Dari Rumah & Siap Live Talakkan Isteri, DJ Wong Dah Berbaik Semula? 5