Hati Dato Sri Vida terguris, Kak Lina dianggap lebih layak jadi presiden netizen

Hati Dato Sri Vida terguris, Kak Lina dianggap lebih layak jadi presiden netizen

Selain kemunculan Iqbal pada 2 konsert ‘Big Stage’ sebelum ini, kewujudan DSV yang memegang peranan sebagai Presiden Netizen juga menambahkan keseruan rancangan realiti nyanyian itu. Adegan serta ayat-ayat penuh drama daripada usahawan tersebut nyatanya mewarnai suasana ketika penjurian dibuat.

Kita perlu Kak Lina untuk ganti posisi Presiden Netizen yang sekarang…Vote better one

Namun di sebalik itu, siapa sangka Dato’ Seri Vida menyimpan 1001 kedukaan kerana kehadirannya ibarat tidak diterima netizen meskipun sudah 3 minggu tayangan berlangsung. Melalui perkongsian di TikTok pada semalam, hatinya terguris setelah membaca ruangan Twitter di mana rata-rata penonton beranggapan Kak Lina lebih sesuai berada di posisi Presiden Netizen.

 

DSV Terguris Hati, Kak Lina Dianggap Lebih Sesuai Bawa Jawatan Presiden Netizen 2

Buatlah macam mana pun masih dibenci & dikecam netizen

Disifatkan tidak membawakan peranan itu dengan baik dan sempurna, ibu kepada Cik B ini terlihat begitu sebak kerana bertubi-tubi mendapat kecaman. Walhal selama ini, dia sudah berusaha keras menjadi tutur kata dan perlakuan agak tak keterlaluan seperti dulu-dulu.

Teringat ayat Ajai “less is more“…Biarlah dato’, memang takkan boleh nak puaskan netizen

Melalui ruangan komen, netizen mempunyai pendapat yang berbeza. Meskipun berpendapat wanita ini lebih sesuai fokus di dalam bidangnya sahaja iaitu perniagaan, namun mereka terus memberikan kata positif selain menyifatkan kehadiran DSV di pentas itu amat menghiburkan hati.

DSV Terguris Hati, Kak Lina Dianggap Lebih Sesuai Bawa Jawatan Presiden Netizen 4

DSV Terguris Hati, Kak Lina Dianggap Lebih Sesuai Bawa Jawatan Presiden Netizen 5