“Hari yang mendung…” – Shila Amzah diceraikan dengan talak satu

“Hari yang mendung…” – Shila Amzah diceraikan dengan talak satu

Sejak beberapa bulan lalu lagi, penyanyi Shila Amzah sudah memaklumkan tentang proses bercerai dengan suaminya. Bagaimanapun, hari ini Shila mengesahkan dirinya telahpun bercerai dengan Haris Idraki Elias, talak satu.

“Kita akan berusaha jaga dan sayangi seth”

Shila memaklumkan perkara itu di dalam Instagram miliknya dan menzahirkan rasa bersyukur kerana semuanya sudah selesai dan berjalan lancar. Shila turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Sebelum itu, Shila turut ada berkongsi gambarnya dengan caption, “Hari yang mendung, semendung hati”.

Sebelum ini Shila meluahkan masalah hubungan yang dilaluinya dengan menyatakan sudah beberapa bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami. Bagaimanapun, Shila tidak berkongsi sebab mengapa mengambil keputusan untuk menfailkan penceraian. Perkara itu tidak perlu dijelaskan Shila kerana ia masalah keluarga dan perlu menjaga aib bekas pasangan.

Apapun kita doakan agar Shila kuat dan bahagia bersama anak tercinta Seth Uwais.

Kredit: Instagram Shila Amzah