Hari pertama sidang parlimen kecoh

Hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi tadi panas seketika apabila berlaku ketegangan di antara speaker, Azhar Harun, dengan anggota parlimen pembangkang.

Ia berlaku apabila wakil Pakatan Harapan (PH) dari Padang Serai, M Karupaiya, bercakap secara bersahaja mengenai pertukaran kerajaan selepas Azhar memberitahu isu yang dibangkitkan sebelum itu sedang diperhalusi pihak kerajaan.

Berang dengan kenyataan itu, Azhar mempersoalkan apa kaitan kenyataan Karupaiya dengan perkara yang dibangkitkan.

“Apa kena mengena dengan… kita ada usul 121 yang sepatutnya saya kemukakan masalah ketika perbahasan,” katanya.

Namun, kenyataan Azhar itu disanggah anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, yang berpendapat speaker tidak perlu menjawab soalan anggota dewan bagi pihak menteri.

“Speaker jangan jawab soalan bagi pihak menteri boleh tak?” soalnya.

Azhar sekali lagi dan menegaskan, dia menjawab kenyataan itu kerana dia sedang mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung.

“Siapa jawab? Saya beri penerangan kerana saya yang pengerusikan mesyuarat itu,” tegas Azhar.

Bagaimanapun, jawapan itu terus menimbulkan rasa kurang senang Hanipa.

Come on-lah speaker¬†we are tired with your atitude¬†(Sudahlah, speaker, kami dah penat dengan sikap kamu),” jawab Hanipa.

Sidangan Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 kali ini dijadualkan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan mesyuarat sehingga jam 1 tengah hari saja sepanjang minggu ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, ketika mencadangkan usul itu berkata, ia dibuat selepas beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19.

Takiyuddin berkata, cadangan itu juga diusulkan selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan risiko amat tinggi jika persidangan berlangsung dalam tempoh lama.

Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis ini.

Aturan Mesyuarat 12 menetapkan persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi dan berhenti rehat pada 1 tengah hari sebelum disambung pada 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Seorang menteri bagaimanapun boleh mengemukakan usul yang tidak perlu dibahas untuk mengubah waktu tersebut.

Dewan Rakyat dijadual mendengar pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat ini.

Sumber: Malaysiakini