Hanya kerana miliki wajah tampan, segelintir warganet mahu pesalah ini diberi peluang kedua

Hanya kerana miliki wajah tampan, segelintir warganet mahu pesalah ini diberi peluang kedua

Pernah tular di media sosial sebelum ini berkenaan kisah seorang gadis cantik yang didapati bersalah kerana telah membunuh ibu kandungnya dengan cara menikam sebanyak 151 kali.

Kisah berkenaan gadis itu hangat dibualkan di media sosial sebelum ini kerana dia memiliki rupa yang agak cantik.

Dan pada baru-baru ini, laman TikTok telah hangat dengan kisah yang serupa namun individu yang berbeza.

 

@cameronherrin_

#cameronherrin #fyp #foryou #foryoupage

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

 

Sebilangan video-video yang dihasilkan oleh pengguna platform tersebut rata-ratanya menyokong agar jejaka tampan berkenaan diberikan peluang kedua hanya kerana wajahnya itu sahaja.

@cameronherrin_

#cameronherrin

♬ الصوت الأصلي – Cameron Herrin

Untuk makluman, jejaka tampan yang dilihat dalam video tersebut bernama Camerin Herrin.

Menurut portal ABC Action News, dia telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun kerana telah bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang wanita dan bayinya gara-gara terlibat dalam perlumbaan bersama seorang lagi lelaki bernama John Barrineau pada tahun 2018 yang lalu.

Namun begitu, John Barrineau yang telah mengakui bersalah hanya dihukum penjara selama 6 tahun sahaja.

Menurut pegawai penyiasat, ketika nahas berlaku, Herrin telah memandu kereta Ford Mustang miliknya dengan kelajuan mencecah lebih dari 100mph sebelum melanggar wanita yang berusia 24 tahun bersama dengan bayinya yang berusia 21 bulan itu.

Ekoran daripada video Herrin yang telah tular itu, terdapat sebilangan yang berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk memberikannya peluang kedua kerana dia adalah seorang penjenayah dan perlu dipertanggungjawabkan atas jenayah yang telah dilakukannya itu.

Sementara itu, peguam negara Attorney Andrew Warren menyatakan bahawa jenayah tersebut telah menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak mungkin dapat diganti.

“Jenayah ini telah membunuh dua nyawa dan telah menyebabkan kehilangan yang besar ke atas empat ahli keluarganya.

“Tidak ada hukuman yang dapat memperbetulkan kerosakan atau mengembalikan nyawa yang telah hilang, namun kami berharap keputusan ini sedikit sebanyak dapat melegakan dan meredakan keluarga Jessica dan Lillia,” ujarnya.

Sumber: Abc Action News