Hanya kerana isu buah epal, jari manis Pachara Apin patah dikasari Afiq Muiz

Hanya kerana isu buah epal, jari manis Pachara Apin patah dikasari Afiq Muiz

Baru-baru ini nama aktor Afiq Muiz hangat diperkatakan selepas didakwa memukul isteri, Pachara Apin sehingga cedera. Namun begitu, Pachara tampil dengan menunjukkan beberapa bukti foto memaparkan kecederannya yang didakwa dilakukan oleh pelakon itu.

Didakwa dipukul beberapa kali

Dakwa Pachara, Afiq pernah mengasari serta memukulnya beberapa kali sehingga menyebabkan jari manisnya patah.

Ketika itu saya menegur Afiq meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan ia menjadi isu sehingga dia naik angin. Dia terus marah dan mula menampar saya. Tolak kepala saya ke dinding, cekik leher saya dan patahkan jari manis saya.

Sebenarnya pergaduhan itu kerana dia cemburu apabila dapat tahu saya akan terbang bertugas sebagai pramugari ke luar negara selama dua minggu.

Ujarnya lagi, dia pernah dipukul dan sudah mengetahui sikap panas baran pelakon berusia 30 tahun itu sebelum mereka berkahwin lagi iaitu sekitar tiga tahun yang lalu.

Sebenarnya sebelum kahwin lagi dia dah pukul saya tapi waktu itu dia kata yang dia kena rasuk. Masa tu saya tak berapa percaya tapi dia berjanji tak akan mengulanginya bila kami sudah berkahwin.

Tapi ternyata tak seperti yang dijanjikan. Malah keadaan menjadi lebih teruk apabila saya ditumbuk, diterajang hanya kerana perkara kecil.

Sebab itu bila saya balik rumah saya berdoa supaya tak kena pukul. Afiq akan ada saja idea untuk pukul saya.

Pernah buat laporan polis

Difahamkan, Pachara pernah membuat laporan polis berhubung dirinya dipukul pada tahun lalu, namun dia menarik balik kerana berasa kasihan dengan Afiq.

Walau bagaimanapun, selepas bebas daripada pertuduhan itu, Afiq didakwa kembali dengan perangai lamanya itu.

Saya pernah buat laporan polis dan dia telah ditahan di lokap selama tiga hari dan disabitkan kesalahan boleh dipenjara.

Disebabkan kasihankan dia ketika itu saya menarik balik laporan itu. Saya ingatkan bila dia sudah bebas dia akan berterima kasih kepada saya tetapi tidak. Malah dia menuduh saya pula yang memukulnya.

Sumber : Gempak