Hanya beri hujahan beremosi, Caprice dipuji tenang semasa Live dengan Influencer I5r1eL

Hanya beri hujahan beremosi, Caprice dipuji tenang semasa Live dengan Influencer I5r1eL

Disebabkan oleh situasi Palestin dan Israel yang menjadi perhatian penduduk tempatan kebelakangan ini, Caprice telah mengambil kesempatan untuk menjalani satu diskusi bersama dua personaliti media sosial daripada Israel.

Walaubagaimanapun, sesi tersebut yang berlangsung hampir 2 jam nyata menimbulkan kemarahan ramai apabila dua wanita itu yang terus memberikan hujah tidak masuk akal bagi mempertahankan kedudukan negara mereka sebagai pihak yang benar.

Oleh kerana Caprice sudah meninggalkan pesanan di awal sesi tersebut, rata-rata netizen selain beberapa selebriti tempatan dilihat menjaga tutur kata mereka menerusi ruangan komen live tersebut namun sempat meluahkan perasaan tidak puas hati dengan hujahan merepek kedua wanita berkenaan.

Bertambah geram apabila salah seorang daripada mereka turut dilihat menghalang Caprice dengan beremosi daripada menyelar hujahannya sekaligus menyekat lelaki itu daripada bercakap banyak semasa sesi diskusi mereka.

Rata-rata netizen juga dilihat menyatakan perasaan mereka menerusi beberapa entri di laman media sosial, kesemuanya memang tidak berpuas hati dengan dua wanita Israel berkenaan.

 

capricecapricecapricecapricecapricecaprice

Dalam perkhabaran lain, Israel dan pihak Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Semoga Palestin terus bangkit untuk memperjuangkan hak mereka.