Hantar minuman lambat, lelaki merajuk dengan robot bikin dekah

Hantar minuman lambat, lelaki merajuk dengan robot bikin dekah

Perkhidmatan robot di restoran bukanlah satu perkara asing lagi kerana banyak restoran yang sudah mula menggunakan robot untuk menghantar pesanan. Tentunya ia juga lebih mudah dan dapat mengurangkan interaksi di antara pelanggan dan pekerja.

Namun berlaku pula satu kejadian lucu baru-baru ini apabila gelagat lelaki ini yang merajuk dengan robot meraih perhatian ramai. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih setengah juta tontonan setakat ini.

https://vt.tiktok.com/ZSeX39MsU/

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan situasi lucu itu di mana robot tersebut terlambat menghantar pesanan minuman mereka. Dalam masa yang sama, mereka sudah pun mula menjamu selera namun minuman tiba dengan lambat.

Lelaki itu kemudian mula merajuk dengan robot tersebut dan enggan mengambil minuman yang dibawanya itu. Lebih melucukan, lelaki itu siap memalingkan mukanya dan memarahinya gara-gara menghantar minuman itu lambat dari biasa.

minuman

Reaksinya ini turut membuatkan rakan-rakan yang lain berdekah melihatnya sebelum lelaki itu akhirnya mengambil semula minuman tersebut. Mungkin juga dia bimbang robot itu akan berlalu pergi selepas terlalu lama menunggu di situ.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lelaki itu yang merajuk ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga robot tersebut tidak mampu memberikan reaksi atau mungkin lain pula jadinya nanti.

“Jangan sampai robot tu angkat kaki.”

robot

“Biasalah single, merajuk dengan robot je boleh.”

merajuk

“Benda macam ni pun aku boleh terhibur.”

komen

“Saya tak rugi pun awak yang rugi sebab dah bayar.”

tik tok